Welcome to my unprivate dairy. Have a nice day! ;) | Dashboard | +Follow

Pergi.

Bismillahirahmannirahim..
Alhamdulilah. Assalamualaikum.

Indahnya dunia. Penuh dengan hiburan. Penuh juga dengan janji janji palsu. Bersabarlah duhai hati. Sakit sangat tak terperi. Nobody knows. Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya :') I believe that. Act, lately i keep thinking about my life, my future, what goes around. Humm, banyaknyaa kesedihan dari kegembiraan. Saya daki tangga yang sangat curam. Saya ambil risiko itu. Saya rasa saya boleh buat. Saya boleh bertahan. Namun, sangkaan saya salah. Saya jatuh kedebuk. Aduh sakit sangat. Saya menangis. Tetapi saya tak tunjuk. Saya diamkan hal ini. Hanya Ummi je yang tahu. Alhamdulilah i'm very grateful to have a great mum like her. Thanks Allah :')

Ummi kata 'kenapa nak bertahan pada orang yang tak sayang kita?' Come on mellya! you have many choices out there. You have your own family, friends that love you so much. No need to think, it just waste your time' Ummi, thanks for your beautiful advices every day. Sungguh besar jasamu ummi :') Farah also, she always remind me. Dia tak layak bagi kau. Yes. I know. Susah kalau dah sayang orang ni. Haih.

Apa yang saya mahu jelaskan disini banyak. Malas nak taip act. Mulut kerap bebel pada diri sendiri 'apa ni mellya, you're wasting your lifetime' yeah thats true. Macam nilah, saya sayang dekat awak kerana Allah. Allah hadirkan rasa sayang ini pada awak. Selama ini banyak dah berlaku, but kenapa Allah kekalkan kasih sayang ini pada saya? Saya tak dapat jawab. Mungkin Allah kata 'ini adalah yang terbaik' Ok mungkin. tapi sampai bila? Saya penat bercakap, penat berfikir, penat segalanya. Saya tak tahu apa yang patut saya buat sekarang, cuma banyak berdoa agar kasih sayang saya cepat hapus pada awak. Yes. Saya tekad. Selama ini pun saya banyak bertahan, saya terima segala apa yang berlaku dengan redha. Saya juga ada kekurangan. Saya tahu. Saya cuba jadi ukhwah yang baik. Mungkin saya gagal. But its okay. Saya akan cuba lagi tapi belum tiba masanya. Suatu hari.

Semakin lama saya semakin matang. Saya banyak memerhati dari berkata kata. Saya dapat tengok mana kesungguhan yang sebenar ataupun yang tidak. Saya nampak. Bukan orang kata. Tapi saya tengok sendiri. Sudah tiba masanya. Alhamdulilah. Allah nak juga saya rasa bagaimana disayangi walaupun sekejap. Terima kasih. Saya hargai itu. Terima kasih diatas segala nasihat, tunjuk ajar, berkongsi cerita selama kita berkenal. Hanya Allah mampu balas kebaikan awak itu. Terima kasih.

Last but not least, pulangkan hati saya balik supaya saya dapat hidup dengan tenang. Supaya saya dapat menjalani hidup ini seperti biasa. Mengharungi hidup ini seperti orang normal. Permulaan yang baik akan mendapat penamat yang baik. Pulangkan segala apa yang bukan milik awak. Halalkan segalanya sepanjang perkenalan kita. Mungkin awak tertanya mengapa semua ini berlaku. Tak faham. Takpa, semua jawapan itu ada pada diri awak. Awak bukan kanak kanak yang perlu saya jelaskan. Awak bukan bayi yang perlu saya buatkan segalanya untuk awak. Carilah sendiri jawapanya. Jika awak tanya. Mungkin hati saya malas untu berbahas. Cukuplah yang sekali dulu. Saya malas. Hanya senyuman akan terukir tanpa berkata kata.

Akhir sekali, kita masih uhwah. Tetap berkawan. Cuma keadaan membezakan kita. Jagalah diri, jaga iman, jaga hati. Jadilah yang terbaik. Saya sudah maafkan segalanya. Akhir kalam, terima kasih untuk segalanya. Dari sahabatmu Mellya x


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.